Laporan Tahunan AKRAB 2021

101 MESYUARAT DAN LAIN- LAIN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Cadangan agar pihak JPA dapat mengadakan pertemuan kerap dengan ahli AKRAB Perkhidmatan Awam seperti melaksanakan Konvensyen AKRAB setiap tahun agar dapat memberikan ahli AKRAB pendedahan yang lebih khusus berkenaan dengan fungsi dan peranan semasa serta mengingatkan akan tanggungjawab yang harus mereka mainkan. Hal ini agar wujud kesedaran bahawa mereka harus memainkan peranan dalam membantu memberikan perkhidmatan bimbingan kepada warga di kementerian dan agensi masing-masing. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Kementerian telah mendapatkan pengiktirafan dari pihak pengurusan atasan dalam memberikan perkhidmatan bimbingan psikologi kepada warga Kementerian. Ahli AKRAB KPKT perlu diberikan perhatian yang khusus dalam membantu menggerakkan aktiviti bimbingan psikologi kepada warga di kementerian ini. Mesyuarat AKRAB telah dilaksanakan sebanyak dua kali pada 24 September 2021 dan 29 Oktober 2021 bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan AKRAB tahun 2022 dan aktiviti yang telah dan yang akan dilaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy