Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

58 mentor dan menti telah berjaya menjalani proses program pementoran bermula pada 1 April 2022 hingga 1 Oktober 2022. Keperluan dokumen pelaporan telah dikemukakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keberkesanan program dinilai berdasarkan borang penilaian pementoran iaitu borang pre dan post. Penilaian terhadap pementoran dilakukan bagi menilai empat (4) kompetensi iaitu kompetensi profesional, kompetensi budaya kerja kelas pertama, kompetensi peribadi dan kompetensi sosial. Dapatan kajian impak program pementoran menunjukkan peningkatan positif keberkesanan pelaksanaan program melibatkan kompetensi profesional sebanyak 1%, kompetensi budaya 3% dan kompetensi peribadi 1% dan kompetensi sosial 1%. Ini menunjukan bahawa sepanjang program pementoran dilaksanakan, mentor telah dapat membantu menti dalam meningkatkan kompetensi yang dinilai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy