Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

57 KURSUS PEMENTORAN SIRI 3/2022 SECARA ATAS TALIAN 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pada tahun 2022, Cawangan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan Program Pementoran yang melibatkan jumlah 30 orang Mentor dan 31 orang Menti. Pemilihan mentor adalah berdasarkan kepada pengalaman bertugas dan penempatan menti. Menti yang terpilih adalah berdasarkan skop pementoran. Program Pementoran in melibatkan semua jabatan PDRM Bukit Aman iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Cawangan Khas daripada kumpulan pengurusan profesional dan pelaksana. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siri 1/2022 merupakan perjumpaan penyelarasan program pementoran bersama dengan urus setia pementoran peringkat jabatan untuk memastikan pasangan Mentor dan Menti memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. LDP Siri 2/2022 dan LDP Siri 3/2022 merupakan taklimat dan kursus pementoran kepada Mentor dan Menti. Semua pasangan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy