Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

119 d. Berdasarkan maklum balas menti adalah didapati Program Pementoran ini telah memberi manfaat seperti berikut: i. Program Pementoran telah memberikan pendedahan kepada menti berhubung dengan aspek kemahiran dan kecekapan dalam pelaksanaan tugas dengan mengikut prosedur perkhidmatan yang ditetapkan. Menti telah mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari Mentor berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh mentor masing-masing. ii. Menti dapat membangunkan potensi kerjaya masing-masing. iii. Mengalakkan budaya pembelajaran berterusan di KWP bagi melahirkan penjawat awam yang cemerlang; dan iv. Transformasi minda dalam perkhidmatan awam yang dapat menjamin integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tugas. e. Secara keseluruhannya, program ini telah meningkatkan kompetensi profesional, kompetensi budaya kerja dalam organisasi, kompetensi personel dan kompetensi sosial menti yang sedang berkhidmat di KWP. Program ini amat sesuai diteruskan dalam perkhidmatan awam supaya pekerja berilmu dan budaya kerja berprestasi tinggi dapat direalisasikan di KWP khususnya dan perkhidmatan awam amnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy