Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

118 5. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras: a. Program Pementoran telah dilaksanakan dengan jayanya di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Program ini dilaksanakan mengikut sepertimana yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. b. Program ini dapat dilaksanakan dengan lancar atas kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada mentor dan menti. Mentor dan Menti serta penyelaras program sentiasa memastikan program pementoran ini mencapai objektif yang telah ditetapkan. c. Tiga (3) aktiviti utama program juga telah dapat dilaksanakan dengan berjaya iaitu: i. Training Of Trainer Pementoran (30 & 31 Mac 2022). ii. Mesyuarat Penyelaras sebanyak satu (1) kali telah diadakan pada 10 Ogos 2022. Mesyuarat ini mencapai ekspektasi yang diharapkan oleh pihak Pengurusan iaitu: (i) Penyelarasan yang cekap dan berkesan; (ii) Perkongsian ilmu dan pengalaman; dan (iii) Bertukar-tukar pandangan serta penjanaan idea-idea penambahbaikan program pada masa akan datang. 5.3.3 Program Retreat Pementoran bagi Menti pada 23 – 25 September 2022 bertempat di Usima Resort Ayer Keroh, Melaka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy