62 |
J a b a t a n P e r k h i d m a t a n A w a m M a l a y s i a
J OM A K T I F 1 P E S A R A
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
berkata, mereka yang masih berkhidmat atau telah bersara seharusnya
dilayan sama rata.
“Biar untung sama diraih. Kita sama-sama terlibat menghulurkan
tenaga dan mencurah bakti demi ibu pertiwi, namun apabila
nafiri berundur ditiupkan, ada yang terpaksa melangkah pergi.
Penjawat awam yang masih berada dalam perkhidmatan kerajaan
haruslah sentiasa mengenang jasa kumpulan pesara yang telah
banyak menabur budi dan bakti kepada negara untuk sekian lama.
Golongan pesara juga merupakan kumpulan berkepentingan yang
perlu diberi perhatian.”
katanya dalam ucapan pada sempena Program
Jom Aktif 1Pesara di sini hari ini.
YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sebagaimana kumpulan
pesara yang terdahulu sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,
penjawat awam sekarang juga harus menyahut semboyan perjuangan itu
dan meneruskan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti.
Beliau turut berkata
“Perkhidmatan yang diberi perlu berasaskan
pertimbangan yang tegas dan bijaksana serta disertai dengan budi
pekerti yang mulia”.
Jom Aktif 1Pesara merupakan inisiatif di bawah Proram 1Pesara yang dihasratkan oleh Perdana
Menteri Malaysia. Program ini diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Stratgei Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis yang dihadiri
kira-kira 1,000 pesara dan diberi pendedahan mengenai inisiatif pelaksanaan 1Pesara.
PROGRAM JOM AKTIF 1PESARA @ KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA