J a b a t a n P e r k h i d m a t a n A w a m M a l a y s i a
| 51
Pasar Tani atau kini dikenali sebagai ‘My Best Buy’
berskala sederhana telah diwujudkan di seluruh Negara.
Tumpuan kawasan termasuk kementerian, jabatan dan
kuaters kerajaan, hospital selain Projek Perumahan
Rakyat (PPR) bagi memberi lebih kemudahan kepada
penjawat awam serta golongan rendah berpendapatan
rendah.
Ini adalah satu program kolaboratif
di bawah NBOS diterajui oleh
Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani dengan kerjasama
Kementerian Kewangan, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
serta IM4U.
Tiga (3) Agensi utama di bawah Kementerian Pertanian
dan Asas Tani menjadi pengerak keberhasilan My Best
Buy adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT). Inisiatif
ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup
rakyat. Usahawan atau peniaga tempatan akan ke lokasi
berlainan mengikut jadual yang ditetapkan dengan jualan
barangan hasil laut, sayur-sayuran dan barangan runcit.
MY B E S T B U Y
PA S A R TAN I