Previous Page  22 / 100 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 100 Next Page
Page Background

12 |

J a b a t a n P e r k h i d m a t a n A w a m M a l a y s i a

K A RN I VA L 1 P E S A R A

Karnival 1Pesara yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park,

Serdang (MAEPS) pada 23 hingga 24 September 2014 telah memberi

ruang kepada pesara dan bakal pesara mendapatkan maklumat

mengenai kelebihan, faedah dan ganjaran persaraan yang disediakan

untuk kemudahan mereka. Memetik artikel ‘The World’s Best Places to

Retire in 2014’ dalam majalah ‘International Living’ yang menyenaraikan

Malaysia sebagai destinasi terbaik di Asia untuk menetap selepas

bersara, beliau berkata mereka (pesara) harus memiliki perasaan sama

seperti pesara luar negara yang menganggap Malaysia syurga tempat

tinggal. Semasa pelancaran Karnival 1Pesara yang julung kali diadakan

di MAEPS, Serdang. YBhg. Tan Sri KPPA berharap agar pesara Malaysia

akan terus merasakan Malaysia sebagai bumi bertuah. Pesara kerajaan

juga menerima pelbagai insentif selepas persaraan sebagai tanda

komitmen dan keprihatinan kerajaan seperti pelaksanaan program

‘1Malaysia Civil Service Retirement Support’ (1MCSRS) atau dikenali

sebagai 1Pesara adalah untuk menjaga kebajikan pesara kerajaan.

Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Jabatan Perkhidmatan

Awam melaksanakan program 1Pesara dengan kerjasama Kementerian

Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia

bagi merealisasikan (4) teras merangkumi kelangsungan kesihatan,

kesejahteraan pesara, keusahawanan dan pengurusan kewangan dan

panduan bekerja semula Mohamad Zabidi berkata, Malaysia mendapat

penarafan tangga pertama bagi Dana Pembiayaan Persaraan di bawah

faktor kecekapan kerajaan dalam ‘World Competitiveness Yearbook’.

“Ini membuktikan kerajaan memberi keutamaan kepada

pengurusan dana bagi pembiayaan persaraan masa hadapan. Ini

manifestasi kesungguhan kerajaan dalammenjamin kesejahteraan

golongan pesara,”

katanya.

Pada sidang media kemudian, Mohamad Zabidi berkata penganjuran

Karnival 1Pesara yang pertama kali diadakan itu merupakan satu lagi

inisiatif kerajaan untuk pesara perkhidmatan awam mendapatkan

maklumat mengenai kelebihan, faedah dan ganjaran persaraan mereka.

Karnival itu akan diperluaskan ke negeri-negeri supaya pesara di luar

Lembah Klang juga mendapat manfaat, katanya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya seminar pengurusan dan

pembangunan keusahawanan, klinik pemeriksaan dan penjagaan

kesihatan, padanan kerjaya serta pameran agensi kerajaan dan swasta.

“Pelbagai inisiatif untuk pesara kerajaan khususnya akan terus

dilaksanakan bagi membolehkan golongan itu merasakan

Malaysia sebagai bumi bertuah yang banyak memberi faedah...”

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

PROGRAM KARNIVAL 1PESARA @ MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG