Elaun Dalam Perkhidmatan

 89 Lampiran SR.8.1.2 (A42) Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Daerah Bukan Pakar Tahun Pewujudan 1983 Objektif Memelihara taraf kesihatan di daerah melalui aktiviti promosi, pencegahan, pendidikan kesihatan dan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam dalam aspek penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta kesihatan pekerjaan. Kriteria Penempatan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Pegawai Perubatan/ Pegawai Pergigian yang tidak memiliki kelulusan lepasan ijazah dalam bidang kesihatan awam dan diwartakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan awam sebagai Pegawai Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan; 2. Ditugaskan oleh KKM untuk melaksanakan aktiviti- aktiviti kesihatan awam secara sepenuh masa termasuk penguatkuasaan akta/ordinan yang berkuat kuasa; dan 3. Dibayar mulai tarikh pegawai diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah. Kadar RM250.00 sebulan Penerima Kementerian Kesihatan Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy