Elaun Dalam Perkhidmatan

 87 Lampiran SR.8.1.2 (A41) Bayaran Insentif Operasi Udara Tahun Pewujudan 1980 Objektif Memastikan tugas ketika berada di udara dilaksanakan dengan cekap dan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat-syarat Kelayakan Dibayar kepada pegawai di bawah Jabatan/Agensi berkaitan yang menjalankan tugas berikut: 1. Jabatan Meteorologi Malaysia Pegawai yang menjalankan operasi pembenihan awan di atas kapal terbang yang bergerak. 2. Jabatan Alam Sekitar Pegawai yang menjalankan tugas penguatkuasaan di lapangan melalui udara seperti berikut: (i) Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9, C10 dan C12; (ii) Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5, C6 dan C7; dan (iii) Penolong Jurutera Gred JA1, JA2 dan JA3. 3. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Penolong Pemeriksa Kapal Terbang di Bahagian Kalibrasi dan Kejuruteraan yang terlibat. 4. Jabatan Perikanan Malaysia Pegawai yang menjalankan penguatkuasaan pengawasan udara. 5. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Penolong Jurutera di Unit Fotografi Udara, Seksyen Penawanan Data dan Seksyen Topografi yang terlibat dalam tugas aerial survey di atas kapal terbang yang bergerak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy