Elaun Dalam Perkhidmatan

 70 Lampiran SR.8.1.2 (A31) Bayaran Insentif Pengendali Anjing Terlatih Tahun Pewujudan 1977 Objektif Memastikan tugas pengendalian anjing terlatih dilaksanakan oleh pegawai dan anggota yang berkemahiran. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Pegawai yang memiliki kemahiran pengendalian anjing terlatih yang diiktiraf badan perkhidmatan dan dilantik sebagai Pengendali Anjing Terlatih seperti berikut: (i) Pegawai Bomba di Unit Pengesanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. (ii) Pegawai Penjara di Unit K9, Jabatan Penjara Malaysia. (iii) Pembantu Penguasa Kastam di Unit K9, Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (iv) Pegawai Rendah Polis Gred Y1 hingga Y6 di Unit K9, Polis Diraja Malaysia. (v) Pegawai di Unit K9, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. (vi) Pegawai dan anggota A nggota Tentera Malaysia yang ditempatkan dalam Sel Latih dan Sel Gerak, Cawangan Serigala, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat. 2. Menjalankan tugas bersama Anjing Terlatih sepertimana diarahkan oleh Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy