Elaun Dalam Perkhidmatan
63 Lampiran SR.8.1.2 (A24) Elaun Lebih Masa Tahun Pewujudan 1974 (Perintah Am Bab G - Waktu Bekerja dan Lebih Masa) Objektif Memastikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa diselesaikan. Kriteria Tanggungjawab tambahan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan Rujuk syarat dalam PPSM SR.4 Waktu Bekerja Ceraian SR.4.3.1 Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa. Kadar Rujuk kadar dalam PPSM SR.4 Waktu Bekerja Ceraian SR.4.3.1 Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa. Penerima Semua Kementerian dan Agensi kecuali yang dinyatakan dalam Jadual 1: Tidak Layak Dipertimbangkan ELM, Ceraian SR.4.3.1 Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy