Elaun Dalam Perkhidmatan
52 Lampiran SR.8.1.2 (A18) Elaun Tugas Pentaksiran di Pelabuhan, Lapangan Terbang, Sempadan Jalan Darat, Zon Bebas dan Penggudangan Tahun Pewujudan 1974 Objektif Memastikan operasi pengkastaman dijalankan secara berterusan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kriteria Tanggungjawab tambahan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Penguasa Kastam Gred WK9 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, kelepasan am atau hari rehat mingguan di pelabuhan, lapangan terbang, sempadan jalan darat, zon bebas dan penggudangan; dan 2. Pegawai yang mendapat bayaran insentif ini tidak layak mendapat Cuti Gantian bagi tempoh kerja lebih masa yang sama. Kadar 1. Jadual kadar elaun: Tempoh Kerja Lebih Masa Kadar Bayaran (Hari Kerja Biasa) Kadar Bayaran (Hari Rehat Mingguan*/Hari Kelepasan Am) Kerja Lebih Masa Melebihi 4 jam RM40.00/hari RM50.00/hari Kerja Lebih Masa 2 jam hingga 4 jam RM20.00/hari RM25.00/hari *Hari Rehat Mingguan bagi pegawai yang bekerja secara giliran adalah merujuk kepada Hari Rehat pegawai mengikut jadual gilirannya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy