Elaun Dalam Perkhidmatan
50 Lampiran SR.8.1.2 (A16) Bayaran Insentif Bomba Tarikh Pewujudan 1972 Objektif Memastikan penugasan berterusan di balai bomba mampu memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan sampai di tempat kejadian dalam tempoh yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Dibayar kepada: 1. Pegawai Bomba dan Penolong Penguasa Bomba yang bertugas selama 12 jam atau 24 jam; dan 2. Pegawai Bomba, Penolong Penguasa Bomba dan Penguasa Bomba yang bertugas sebagai Pegawai Penjaga Balai dan Ketua Operasi Negeri seperti berikut: (i) Pegawai Bomba Gred KB3 dan KB4; (ii) Penolong Penguasa Bomba Gred KB5, KB6, KB7 dan Gred KB8; dan (iii) Penguasa Bomba Gred KB9 hingga KB14. Kadar Masa Bertugas Kadar Sebulan (RM) 12 jam 110.00 24 jam 220.00 Penerima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy