Elaun Dalam Perkhidmatan

 36 Lampiran SR.8.1.2 (A11) Bayaran Insentif Merawat Pesakit Psikiatri, Tibi dan Kusta Tahun Pewujudan 1959 Objektif Memastikan tugas pengendalian rawatan pesakit tibi, kusta dan psikiatri dijalankan dengan cekap mengikut prosedur yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada anggota perubatan yang menjalankan tugas merawat pesakit psikiatri atau tibi atau kusta secara sepenuh masa di hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan tibi dan kusta, hospital yang diwarta menyediakan perkhidmatan psikiatri, Institut Perubatan Respiratori (IPR) dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN). 2. Anggota perubatan yang terlibat adalah seperti senarai berikut: (i) Jururawat; (ii) Penolong Pegawai Perubatan; (iii) Pembantu Perawatan Kesihatan; (iv) Jururawat Masyarakat; (v) Pembantu Pembedahan Pergigian yang bertugas di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak; (vi) Juruteknologi Makmal Perubatan yang bertugas di IPR dan Makmal PKKN sahaja; dan (vii) Pembantu Teknologi Makmal Perubatan yang bertugas di IPR dan Makmal PKKN sahaja. Kadar RM100.00 sebulan Penerima Kementerian Kesihatan Malaysia Catatan Hospital yang diwarta menyediakan perkhidmatan psikiatri adalah tertakluk kepada KKM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy