193 Lampiran SR.8.1.2 (A91) Bayaran Insentif Penjagaan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Papa/Pesakit Mental di Institusi Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun Pewujudan 2022 Objektif Memastikan penjagaan warga emas, orang kurang upaya dan orang papa/pesakit mental diuruskan dengan baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun (Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1). Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai yang terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam melaksanakan tugas perkhidmatan penjagaan dan perawatan kesihatan kepada warga emas, orang kurang upaya dan orang papa/pesakit mental seperti berikut: (i) Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1/S2/S3; dan (ii) Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1/ U2/U3. 2. Tidak dibayar kepada pegawai yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan. 3. Pembayaran kepada pegawai di institusi kebajikan JKM seperti senarai di Lembaran SR.8.1.2 (A91-1). Kadar RM 200.00 sebulan Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy