Elaun Dalam Perkhidmatan
193 Lampiran SR.8.1.2 (A91) Bayaran Insentif Penjagaan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Papa/Pesakit Mental di Institusi Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun Pewujudan 2022 Objektif Memastikan penjagaan warga emas, orang kurang upaya dan orang papa/pesakit mental diuruskan dengan baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai yang terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam melaksanakan tugas perkhidmatan penjagaan dan perawatan kesihatan kepada warga emas, orang kurang upaya dan orang papa/pesakit mental seperti berikut: (i) Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1/S2/S3; dan (ii) Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1/ U2/U3. 2. Tidak dibayar kepada pegawai yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan. 3. Pembayaran kepada pegawai di institusi kebajikan JKM seperti senarai di Lembaran SR.8.1.2 (A91-1). Kadar RM 200.00 sebulan Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy