Elaun Dalam Perkhidmatan
189 Lampiran SR.8.1.2 (A89) Bayaran Insentif Penempatan Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian di Fasiliti Kesihatan di Sabah, Sarawak dan Labuan Tahun Pewujudan 2016 Objektif Menyediakan akses perkhidmatan kepakaran perubatan dan pergigian di Sabah, Sarawak dan Labuan. Kriteria Penempatan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Dibayar kepada: 1. Pakar Perubatan (Klinikal/Kesihatan Awam) dan Pakar Pergigian (Klinikal/Kesihatan Awam) warganegara lantikan tetap dan lantikan kontrak Contract of Service (CoS) yang ditempatkan/berkhidmat di fasiliti kesihatan* Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah, Sarawak dan Labuan; 2. Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian bukan warganegara yang sedang berkhidmat di fasiliti kesihatan KKM di Sabah, Sarawak atau Labuan lantikan sebelum atau pada 1 Julai 2016. Ia tidak dipanjangkan kepada pegawai lantikan baharu. Lantikan baharu merujuk kepada Pakar Perubatan/Pergigian bukan warganegara sahaja dan dilantik ke dalam perkhidmatan selepas 1 Julai 2016 tidak termasuk pembaharuan kontrak; dan 3. Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian yang berkhidmat di Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan (Pejabat Kesihatan Bahagian/Pejabat Kesihatan Kawasan/Pejabat Kesihatan Daerah) dan Pejabat Pergigian (Pejabat Pergigian Bahagian/Pejabat Pergigian Kawasan/Pejabat Pergigian Daerah) di Sabah, Sarawak dan Labuan, mulai 1 Mac 2021, tertakluk KKM mematuhi syarat-syarat berikut: (i) menjalankan tugas di fasiliti kesihatan berdasarkan senarai tugas yang dikemukakan oleh KKM;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy