Elaun Dalam Perkhidmatan

 185 Lampiran SR.8.1.2 (A85) Bayaran Insentif Pengawasan Klien di PUSPEN Tahun Pewujudan 2012 Objektif Memastikan pengawasan klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Dibayar kepada pegawai-pegawai yang ditempatkan dan terlibat secara langsung dalam pemulihan penagihan narkotik di PUSPEN seperti berikut: 1. Pegawai Antidadah Gred S9/S10, S10, S12; 2. Penolong Pegawai Antidadah Gred S5/S6/S7, S6/S7, S7; 3. Pembantu Antidadah Gred S1/S2/S3, S2/S3 4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5/S6/S7; 5. Penolong Pegawai Perubatan Gred U5/U6/U7; 6. Jururawat Gred U5/U6/U7; 7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1/S2/S3; 8. Pembantu Keselamatan Gred KP1/KP2/KP3; 9. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1/N2/N3; dan 10. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1. Kadar RM 200.00 sebulan Penerima Agensi Antidadah Kebangsaan Catatan Bayaran Insentif Pengawasan Klien di PUSPEN dibayar kepada skim perkhidmatan Jururawat Gred U5/U6/U7 yang bertugas di PUSPEN Bachok, Kelantan sahaja mulai 1 Januari 2026.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy