Elaun Dalam Perkhidmatan

 10 CERAIAN SR.8.1.2 ELAUN YANG BERKUAT KUASA TUJUAN 1. Ceraian ini menerangkan elaun-elaun yang berkuat kuasa dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Elaun-elaun yang berkuat kuasa dalam perkhidmatan awam adalah bersifat dinamik dan sentiasa disemak, dikemas kini dan ditambah baik meliputi proses pewujudan elaun baharu, pemansuhan elaun sedia ada, penjenamaan semula elaun serta penambahbaikan syarat kelayakan dan kadar. Proses semakan, kemas kini dan penambahbaikan ini adalah bertujuan memastikan elaun yang berkuat kuasa sentiasa relevan selaras dengan keperluan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien dan efektif. PELAKSANAAN 3. Elaun yang berkuat kuasa dalam perkhidmatan awam ditunjukkan melalui jadual yang mempunyai maklumat lengkap sesuatu elaun. Jadual ini mengandungi elemen seperti nama elaun, tahun pewujudan elaun, objektif, kriteria, pemakaian syarat umum, syarat kelayakan, kadar, penerima dan catatan. Penjelasan mengenai elemen-elemen berkenaan adalah seperti berikut: Elemen Penjelasan Tahun Pewujudan Tahun elaun mula diwujudkan. Objektif Tujuan pemberian elaun. Kriteria Kriteria pemberian elaun seperti dalam perenggan 5, Ceraian SR8.1.1 Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Pemakaian syarat umum pemberian elaun seperti dalam perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 bagi elaun yang berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy