Elaun Dalam Perkhidmatan

 180 Lampiran SR.8.1.2 (A81) Bayaran Insentif Pengawasan Banduan Tahun Pewujudan 2008 Objektif Memastikan pengawasan banduan di institusi penjara dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Dibayar kepada: 1. Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara dan Pegawai Penjara yang bertugas di Institusi Penjara*; dan 2. Pegawai Perkhidmatan Awam yang ditempatkan dan melaksanakan tugas secara sepenuh masa di Institusi Penjara seperti berikut: (i) Pegawai Pergigian; (ii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; (iii) Pegawai Perubatan; (iv) Pegawai Psikologi; (v) Jururawat; (vi) Penolong Pegawai Farmasi; (vii) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam; (viii) Penolong Pegawai Latihan Vokasional; (ix) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat; (x) Penolong Pegawai Perubatan; (xi) Penolong Pegawai Psikologi; (xii) Penolong Pegawai Veterinar; (xiii) Pembantu Hal Ehwal Islam; (xiv) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional; dan (xv) Pembantu Pembangunan Masyarakat. Kadar RM 200.00 sebulan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy