Elaun Dalam Perkhidmatan

 176 Lampiran SR.8.1.2 (A78) Elaun Kerja Luar Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Tahun Pewujudan 2007 Objektif Menghargai penugasan di luar pejabat dalam memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah. Kriteria Tanggungjawab Tambahan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan Dibayar kepada pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang perlu bermalam dan berkhemah dalam hutan kerana menjalankan tugas rasmi dengan syarat seperti berikut: 1. Pegawai yang menuntut elaun ini tidak layak membuat tuntutan Elaun Lojing. Walau bagaimanapun, pegawai masih layak menuntut elaun dan bayaran kerana menjalankan tugas rasmi; dan 2. Pegawai perlu menyatakan alamat secara kasar atau kedudukan perkhemahannya seperti nombor management unit atau kedudukan global positioning system semasa membuat tuntutan elaun ini. Kadar Gred Kadar Semalam (RM) 12 70.00 9 - 10 65.00 1 - 8 50.00 Penerima Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy