Elaun Dalam Perkhidmatan
170 Lampiran SR.8.1.2 (A75) Bayaran Insentif Pos Basik Tahun Pewujudan 2007 Objektif Memastikan penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah berkualiti dilaksanakan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Kriteria Kelayakan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada anggota paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai kelulusan sijil/ diploma lanjutan dan berkhidmat dalam bidang penjagaan kritikal dan pengkhususan klinikal yang diiktiraf tertakluk kepada syarat- syarat berikut: (i) Hanya satu (1) Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB) yang boleh diterima oleh anggota paramedik walaupun mempunyai lebih daripada satu (1) sijil/ diploma lanjutan pos basik; (ii) Anggota paramedik yang memiliki sijil pos basik tanpa mengira tempat pegawai bertugas selagi pegawai menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pos basik yang dimiliki dalam menjalankan tugas; (iii) Anggota paramedik yang bertugas merawat pesakit psikiatri, tibi dan kusta serta memiliki sijil/ diploma lanjutan pos basik hanya layak satu jenis elaun sahaja yang mana lebih tinggi; (iv) Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa di bilik mayat dan memiliki sijil pos basik dalam bidang forensik hanya boleh dibayar salah satu jenis elaun sahaja yang mana lebih tinggi; dan (v) Penolong Pegawai Perubatan yang menjalankan tugas pembiusan di hospital di Sabah dan Sarawak serta memiliki sijil pos
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy