Elaun Dalam Perkhidmatan
139 Bil. Bidang Tugas Deskripsi Tugas 6.3 Menyemak bil pukal yang diterima daripada agensi dengan Laporan Bulanan Pembayaran Pukal dan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal; dan mengambil tindakan susulan. (1) Menyemak dan mengesahkan Laporan Bulanan Pembayaran Pukal dan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal; dengan bil yang diterima daripada agensi. (2) Mengambil tindakan susulan dengan agensi sekiranya memerlukan pembetulan atau tindakan selanjutnya jika bil tidak diterima dari agensi. 6.4 Menyelenggara Daftar Bil atau Laporan Bil/Invois (AP103) (1) Mengemaskini Daftar Bil atau Laporan Bil/Invois (AP103). (2) Menyemak Daftar Bil atau Laporan Bil/Invois (AP103) dan mengambil tindakan susulan. 6.5 Mengurus dan menyelenggara EFT/Cek dari segi pembatalan, penggantian, pembukaan palang dan penahanan cek/EFT. (1) Menyediakan Arahan Pembayaran dan dokumen sokongan bagi bayaran semula EFT/Cek terbatal. (2) Memproses EFT/Cek gantian di atas permohonan atau cek rosak. (3) Memproses pembatalan palang cek mengikut peraturan yang ditetapkan. (4) Memaklumkan dan menghantar surat kepada bank mengenai penahanan bayaran ke atas EFT/Cek. (5) Mengambil tindakan susulan yang perlu ke atas EFT/Cek yang ditahan pembayaran berdasarkan arahan yang sah. 6.6 Membantu menguruskan kredit pembekal/surat piutang. (1) Menyediakan atau memproses permohonan kredit pembekal (pinjaman yang diperolehi oleh Kerajaan dalam bentuk barangan) atau surat piutang ( Letter of Credit ). (2) Mengesahkan pembayaran ke atas kes-kes ketidaksamaan atau pindahan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy