Elaun Dalam Perkhidmatan
120 Lampiran SR.8.1.2 (A58) Elaun Tugas Atas Panggilan bagi Pegawai Perubatan Tahun Pewujudan 1994 Objektif Memastikan perkhidmatan rawatan pesakit di fasiliti kesihatan adalah berterusan. Kriteria Tanggungjawab tambahan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan Layak dibayar kepada: 1. Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Pergigian Pakar, Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian lantikan tetap, sementara dan kontrak di Hospital Kerajaan, Hospital Universiti, Hospital Angkatan Tentera, Klinik Kesihatan dan Klinik Ibu dan Anak yang diarah untuk menjalankan tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa. 2. Pengarah Hospital (Pegawai Perubatan) Gred UD10 yang menjalankan tugas atas panggilan di Hospital Pakar Minor dan Hospital Tanpa Pakar dengan syarat berikut: (i) Hospital yang dikenal pasti kekurangan Pegawai Perubatan untuk tinggal di atas panggilan pada satu- satu masa oleh Pengarah Kesihatan Negeri; (ii) jumlah maksimum bertugas atas panggilan (aktif dan pasif) yang dibenarkan ke atas Pengarah Hospital adalah tidak melebihi 10 hari sebulan; (iii) pemberian elaun kepada Pengarah Hospital dihentikan dalam keadaan berikut: (a) Pengarah Hospital dinaikkan pangkat ke gred UD12 atau lebih tinggi; dan (b) Hospital Pakar Minor atau Hospital Tanpa Pakar dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Major.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy