Elaun Dalam Perkhidmatan
118 Lampiran SR.8.1.2 (A57) Elaun Pembantu Khas Tahun Pewujudan 1994 Objektif Memastikan tugas Pembantu Khas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Kriteria Tanggungjawab tambahan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (PSP/SP) Gred N1 hingga Gred N7 yang menjalankan tugas sebagai Pembantu Khas kepada pegawai penyelia yang diperuntukkan Pembantu Khas; 2. PSP/SP yang tidak dikhususkan sebagai Pembantu Khas tetapi diarahkan oleh Ketua Jabatan menjalankan tugas-tugas Pembantu Khas secara ganti kepada pegawai penyelia yang layak mendapat Pembantu Khas; 3. Sekiranya PSP/SP yang bertugas sebagai Pembantu Khas diarah menanggung tugas Pembantu Khas yang lain, pegawai tersebut hanya layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja atas jawatan yang ditanggung; dan 4. Jadual penetapan gred jawatan hakiki PSP/SP yang menjalankan tugas Pembantu Khas kepada pegawai penyelia yang layak berdasarkan gred jawatan hakiki pegawai penyelia serta jadual penempatan secara fleksi PSP/SP kepada pegawai penyelia yang layak adalah berdasarkan kepada Perenggan 5 dan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2010.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy