Elaun Dalam Perkhidmatan
116 Lampiran SR.8.1.2 (A56 ) Bayaran Insentif Trengkas Dwibahasa Tahun Pewujudan 1994 Objektif Memastikan tugas trengkas atau nota rintas dilaksanakan dengan cekap dan kompeten. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (PSP/SP) Gred N1 hingga Gred N8; 2. Melaksanakan tugas trengkas dalam dwibahasa; dan 3. Ketua Jabatan bertanggungjawab: (i) mengesahkan senarai tugas PSP/SP memerlukan kemahiran trengkas atau nota rintas dwibahasa; (ii) mengesahkan PSP/SP melaksanakan tugas trengkas atau nota rintas dwibahasa; dan (iii) mengarahkan PSP/SP tersebut mengambil semula peperiksaan nota rintas sekiranya mutu kecekapan PSP/SP telah merosot. Sekiranya gagal, elaun tersebut akan dihentikan. Kadar Bil. Tahap Kecekapan /Kederasan Kadar Sebulan (RM) 1. Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 80 perkataan seminit (p.s.m.) dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 20 p.s.m 85.00 2. Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 100 p.s.m. dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 25 p.s.m. 100.00
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy