Elaun Dalam Perkhidmatan

 104 Lampiran SR.8.1.2 (A51) Bayaran Insentif Bahasa Asing Tahun Pewujudan 1991 Objektif Menjamin komunikasi dalam rundingan diplomatik dan perdagangan dilaksanakan dengan berkesan. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada: (i) Pegawai di luar negara yang menggunakan kemahiran berbahasa asing semasa menjalankan tugas rasmi; atau (ii) Pegawai yang berkhidmat di dalam negara dan diarah menggunakan bahasa asing oleh Ketua Jabatan dalam melaksanakan tugas perundingan di peringkat antarabangsa dalam urusan diplomatik dan perdagangan. 2. Bahasa yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut: (i) Arab; (ii) Jepun; (iii) Rusia; (iv) Mandarin; (v) Perancis; (vi) Sepanyol; atau (vii) Bahasa rasmi negara penempatan penugasan pegawai kecuali Bahasa Inggeris dan penempatan di negara Brunei, Indonesia dan Singapura. 3. Pegawai hendaklah mengemukakan sijil kemahiran bahasa asing yang mengesahkan tahap kemahiran dalam bahasa yang dituntut; 4. Pegawai boleh dibayar maksimum dua (2) bahasa asing dalam satu masa;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy