Elaun Dalam Perkhidmatan

 100 Lampiran SR.8.1.2 (A48) Bayaran Insentif Tugas Mengendali Reaktor Nuklear Tahun Pewujudan 1989 Objektif Memastikan tugas pengendalian reaktor nuklear dilaksanakan dengan teratur berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai berikut: (i) Penolong Jurutera Gred JA5; (ii) Penolong Pegawai Sains Gred C5; (iii) Pembantu Makmal Gred C1 dan C2; dan (iv) Pegawai lain yang berkelayakan dan mengendalikan reaktor nuklear di Loji dan Pusat Kemudahan Agensi Nuklear Malaysia. 3. Lulus peperiksaan khas bertulis dan latihan amali berkaitan tugas pengendalian reaktor nuklear; dan 4. Tugas mengendali reaktor dan loji merupakan tugas tambahan pegawai. Kadar RM150.00 sebulan Agensi Agensi Nuklear Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy