Elaun Dalam Perkhidmatan
98 Lampiran SR.8.1.2 (A47) Bayaran Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun Pewujudan 1989 Objektif Memastikan pengajaran kepada murid berkeperluan pendidikan khas dilaksanakan oleh pegawai yang terlatih dan mempunyai kemahiran khusus. Kriteria Kelayakan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti berikut: (i) mempunyai kelayakan dalam pendidikan khas dan terlibat secara langsung dan mengajar murid berkeperluan pendidikan khas secara sepenuh masa; atau (ii) mengajar murid-murid berkeperluan pendidikan khas di Sekolah Menengah Teknik/ Kolej Vokasional dan guru resos yang mengajar dalam program pendidikan khas inklusif di sekolah- sekolah biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. 2. Dibayar kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang memiliki kelayakan berikut: (i) mempunyai kelayakan/ kelulusan dalam pendidikan khas atau hadir kursus kemahiran pengajaran berkeperluan khas yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi; (ii) terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar berkeperluan khas di Politeknik atau Kolej Komuniti; dan (iii) mengajar di kelas yang semua pelajarnya adalah pelajar berkeperluan khas, sekurang-kurangnya 6 jam seminggu. Kadar RM 250.00 sebulan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy