Elaun Dalam Perkhidmatan
96 Bayaran Imbuhan Wilayah (ii) wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza; (iii) bagi pegawai yang ibu bapanya memperoleh taraf penduduk tetap atau warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah tempat tinggal ibu bapa pegawai berkenaan ketika memperolehi Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia; (iv) wilayah kelahiran ibu atau bapa angkat bagi pegawai yang diambil sebagai anak angkat melalui pengangkatan yang sah; atau (v) kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan (i) hingga (iv) di atas hendaklah dirujuk kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan. 4. Pegawai bertukar wilayah hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya semasa pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan awam menggunakan borang di Lembaran SR.8.1.2 (A46-1). Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sebanyak sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. 5. Tafsiran: (i) “ wilayah ” bermaksud Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan. (ii) “ wilayah berkhidmat ” bermaksud wilayah di mana pegawai ditempatkan/diarahkan bertugas. 6. Bagi kelayakan pemberian BIW kepada pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji hendaklah dirujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009: Kesan ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy