Elaun Dalam Perkhidmatan

 94 Lampiran SR.8.1.2 (A46) Bayaran Imbuhan Wilayah Tahun Pewujudan 1988 Objektif Menampung sebahagian kos sara hidup Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah dan pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berkhidmat di negeri masing-masing. Kriteria Sara Hidup Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan 1. Bayaran Imbuhan Wilayah (BIW) layak dibayar kepada: (i) pegawai yang bertukar wilayah; dan (ii) pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berkhidmat di wilayah masing- masing. 2. Dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai mengisytiharkan wilayah asal atau tarikh melaporkan diri di wilayah baharu, mengikut mana yang terkemudian. Kadar 1. Penerima sedia ada : Kadar tetap berdasarkan amaun terakhir BIW yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. 2. Pegawai lantikan baharu atau pegawai yang baru berkelayakan mulai 1 Disember 2024 akan menerima elaun pada kadar tetap seperti berikut: Kumpulan Perkhidmatan Gred Kadar Sebulan (RM) Pengurusan Tertinggi Utama/ Khas 960.00 Pengurusan dan Profesional 9 - 15 360.00

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy