Elaun Dalam Perkhidmatan

 92 Lampiran SR.8.1.2 (A45) Elaun Syarahan Akademik Sambilan Tahun Pewujudan 1985 Objektif Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Kriteria Tanggungjawab tambahan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun Syarat Kelayakan 1. Layak dibayar kepada pensyarah sambilan yang dilantik untuk memberi syarahan akademik apabila wujud kekosongan jawatan pensyarah atau penyandang jawatan pensyarah berkenaan meninggalkan tugas bagi tempoh yang panjang termasuk cuti sabatikal, cuti bersalin, cuti haji dan cuti belajar; 2. Jawatan pensyarah yang kosong atau penyandangnya meninggalkan tugas bagi tempoh yang berpanjangan dan tidak ditanggung kerja oleh pensyarah yang dilantik secara sambilan atau pensyarah lain; 3. Pelantikan sebagai pensyarah sambilan tidak menjejaskan tugas hakiki pensyarah yang dilantik berkenaan; 4. Tugas sebagai pensyarah sambilan adalah merupakan tugas tambahan selain daripada tugas hakiki jawatannya; 5. Perlantikan pensyarah sambilan adalah di bawah bidang kuasa Dekan atau Ketua Jabatan di institusi pendidikan tinggi berkenaan. Pensyarah sambilan dilantik daripada pensyarah-pensyarah yang berkelayakan dari fakulti yang sama atau berlainan di universiti yang sama atau dari universiti yang berlainan sekiranya tidak ada kepakaran di universiti yang sama. Lantikan juga boleh dibuat daripada kalangan pegawai sektor awam yang mempunyai kelulusan akademik yang diperlukan. Walau bagaimanapun, keutamaan perlu diberi kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy