Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia
38 (i) pemantauan dan penilaian prestasi PYD dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun; (ii) tidak menggunakan penilaian prestasi untuk menekan atau mengugut PYD; dan (iii) melaksanakan proses maklum balas berterusan seperti panduan yang ditetapkan di Lampiran UP.4.1.1(A4) . 5. PP tidak perlu menyediakan laporan penilaian prestasi tahunan bagi PYD yang — (i) tempoh bergaji penuh melebihi 180 hari dalam tahun penilaian tetapi dalam tempoh tersebut, tempoh kategori cuti bergaji penuh adalah sama atau melebihi tempoh menjalankan tugas jawatan; (ii) diluluskan cuti (Cuti Separuh Gaji (CSG)/ Cuti Tanpa Gaji (CTG) atau kombinasi kedua-duanya) melebihi 180 hari dalam tahun penilaian; atau (iii) tidak melaksanakan tugas jawatan tanpa cuti melebihi 180 hari dalam tahun penilaian, antara lain, PYD yang — (a) ditahan kerja; (b) digantung kerja; (c) tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah atau tidak dapat dikesan; atau
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy