Pelantikan

 1-88 (c) Bayaran Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan: Award wang tunai yang diberi sebagai gantian cuti rehat layak dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebaik sahaja mereka bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dengan syarat mereka bersara: (i) Atas penghapusan jawatan di bawah subperenggan 10(5)(b), Akta Pencen 1980; atau (ii) Pilihan sendiri di bawah seksyen 12, Akta Pencen 1980. Bagi mereka yang disifatkan bersara di bawah seksyen 12A, Akta Pencen 1980, bagi maksud berkhidmat dengan syarikat sama ada di bawah Skim A atau Skim 8, pembayaran award wang tunai ini akan dibekukan dan dibuat sebaik sahaja pekerja berkenaan mencapai umur kelayakan yang ditetapkan di bawah seksyen 12A tersebut. (d) Dokumen Untuk Bahagian Pencen Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Unit Kewangan, Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Aawam secara berasingan: (i) Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti (1 salinan); dan (ii) Kiraan Cuti Rehat yang luput dan yang dikumpul (2 salinan). (Sila rujuk peraturan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993) Nota: Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab membayar award wang tunai gantian cuti rehat kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sahaja. Bagi pegawai Perkhidmatan Awam Negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, bayaran akan dibuat oleh pihak berkuasa masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy