Pelantikan
537 Urusan Pelantikan 7. Bagi pelantikan yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2012 sehingga keputusan Kerajaan yang diumumkan pada 8 Mac 2012 yang tidak mengguna pakai ketetapan dan peraturan di bawah SSM, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan hendaklah merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai tindakan susulan yang perlu dilaksanakan. Tempoh Percubaan 8. Tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah 1 hingga 3 tahun dan P.U.(A)1/2012 akan dipinda sewajarnya. PEMBATALAN 9. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini mak a Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012: Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah SSM dibatalkan. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy