Pelantikan
470 Lampiran B1 CONTOH SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN (atas permohonan pegawai) ----------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Setelah menimbang permohonan tuan/puan serta mengambil kira persetujuan semua pihak, tuan/ puan dengan ini ditawarkan pertukaran pelantikan ke (skim perkhidmatan baharu) di (nama agensi baharu) . TAWARAN 2. Tempoh sah laku tawaran pertukaran pelantikan ini adalah 30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan . Sila nyatakan sama ada tuan/puan menerima atau menolak tawaran ini dan sebarang keputusan yang dibuat adalah muktamad . Jika tuan/puan tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan bersyarat atau gagal mengembalikan Surat Setuju Terima tanpa sebarang sebab yang munasabah, tuan/puan adalah dianggap menolak tawaran pertukaran pelantikan ini. TEMPOH PERSETUJUAN 3. Tuan/Puan akan ditawarkan jawatan baharu di skim perkhidmatan dan gred yang sama dengan jawatan asal tuan/puan . Gelaran jawatan tuan/puan jika perlu akan diubah suai mengikut skim perkhidmatan tersebut. JAWATAN YANG DITAWARKAN 4. Tuan/Puan akan tertakluk kepada syarat dan peraturan perkhidmatan seperti yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang tuan/puan ditukar lantik kecuali dinyatakan sebaliknya dalam syarat pertukaran pelantikan ini. PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BAHARU 5. Tuan/Puan akan ditawarkan gaji pertukaran pelantikan pada gaji yang sama dengan gaji akhir di jawatan asal. GAJI PERTUKARAN PELANTIKAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy