Pelantikan
422 Lampiran B1 CONTOH SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN ----------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Kerajaan telah memutuskan untuk (keputusan Kerajaan) . Dengan keputusan tersebut, tuan/puan ditawarkan opsyen sama ada menerima untuk ditukar lantik ke (skim perkhidmatan baharu) di (agensi baharu) atau jika menolak , tuan/puan akan dibersarakan atau tuan/puan dikehendaki menamatkan perkhidmatan dengan meletak jawatan. Opsyen ini adalah muktamad . OPSYEN 2. Tempoh opsyen yang diberikan kepada tuan/puan untuk membuat pilihan adalah 30 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan . Jika tuan/puan tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan bersyarat/tidak jelas atau gagal mengembalikan borang opsyen tanpa sebarang sebab yang munasabah, tuan/puan adalah dianggap menolak tawaran pertukaran pelantikan ini. TEMPOH OPSYEN 3. Tuan/Puan yang menerima pertukaran pelantikan melalui pemberian opsyen ini akan ditawarkan ke (skim perkhidmatan baharu) . Gelaran jawatan tuan/ puan jika perlu akan diubahsuai mengikut skim perkhidmatan tersebut. JAWATAN YANG DITAWARKAN 4. Tuan/Puan akan tertakluk kepada syarat dan peraturan perkhidmatan seperti yang diperuntukkan di dalam skim perkhidmatan yang tuan/puan ditukar lantik kecuali yang dinyatakan sebaliknya dalam syarat pertukaran pelantikan ini. PEMAKAIAN SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BAHARU 5. (a) Tuan/Puan yang belum disahkan dalam perkhidmatan, gaji pertukaran pelantikan ditetapkan pada gaji minimum jawatan baharu GAJI PERTUKARAN PELANTIKAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy