Pelantikan

 76 CERAIAN UP.1.2.3 KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DAN PEMINJAMAN BAGI PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Bagi Pegawai Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kuasa menimbang pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap dilaksanakan berdasarkan Ceraian UP.1.2.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap serta Ceraian UP.1.2.2: Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap. PELAKSANAAN 3. Selaras dengan prinsip empowerment dan delegation of power, Kerajaan bersetuju menetapkan dasar baru kuasa menimbang pelantikan secara pertukaran sementara pegawai awam Persekutuan Gred 53/54 atau setaraf ke perkhidmatan lain dalam angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran adalah di bawah Ketua Perkhidmatan atau Ketua Setiausaha Kementerian di mana berkaitan. Walau bagaimanapun bagi pelantikan secara peminjaman pegawai awam Persekutuan Gred 53/54 atau setaraf ke pentadbiran Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan, kuasa menimbang adalah kekal di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti mana yang dinyatakan dalam UP.1.2.1. Sehubungan dengan itu, ringkasan kuasa menimbang adalah ditetapkan seperti di Jadual 1 berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy