Pelantikan

 14-1 Lampiran UP.1.2.2(N) CONTOH SYARAT PERTUKARAN TETAP KE JAWATAN YANG DISANDANG SECARA PEMINJAMAN/ PERTUKARAN SEMENTARA 1. Nama Jawatan : Tuan ditawarkan pertukaran tetap ke jawatan …………………………………………………………….. 2. Gred Jawatan : …………………………………………………………….. 3. Skim Perkhidmatan : …………………………………………………………….. 4. Gaji Permulaan : RM………….sebulan (dalam Jadual Gaji Gred ....) iaitu berdasarkan prinsip berikut: (i) gaji peminjaman/ pertukaran sementara sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran tetap; atau (ii) gaji maksimum gred jawatan pertukaran tetap bagi pegawai yang dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki dalam tempoh peminjaman/ pertukaran sementara. 5. Tarikh Pergerakan Gaji : Tarikh Pergerakan Gaji pertukaran tetap kekal mengikut Tarikh Pergerakan Gaji semasa tempoh peminjaman/ pertukaran sementara. 6. Syarat Pengesahan Dan Tempoh Percubaan : Tuan akan dikecualikan daripada syarat pengesahan dan tempoh percubaan. Walau bagaimanapun untuk tujuan faedah persaraan, tuan perlu disahkan dalam perkhidmatan baru dalam tempoh enam (6) bulan selepas ditukar tetap. 7. Hak Pencen Bagi Pegawai Yang Ditukar Tetap Ke Agensi Awam : Jika tuan telah diberi taraf pekerja berpencen, hak pencen tuan adalah terjamin mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Tempoh perkhidmatan tuan semasa berkhidmat secara pertukaran tetap di agensi peminjam boleh dimasuk kira untuk tujuan faedah persaraan, tertakluk kepada peraturan dan undangundang pencen yang berkuat kuasa. 8. Kekananan : Kekananan tuan di agensi yang baru akan ditetapkan oleh agensi peminjam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy