Pelantikan

 1-81 Lampiran K CONTOH SYARAT PEMINJAMAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN KE PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN ATAU SEBALIKNYA 1. Jawatan : ................................................................... 2. Tempoh : Tempoh peminjaman tuan ditetapkan selama ………… tahun mulai daripada tarikh tuan melaporkan diri bertugas. 3. Gaji : Dalam tempoh peminjaman ini, tuan akan dibayar gaji sebanyak RM……(P..T..) sebulan dalam jadual gaji Gred ………….. Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan pinjaman adalah mengikut pergerakan gaji di jawatan hakiki jika jawatan pinjaman sama gred atau setaraf. Jika peminjaman di atas gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki, tuan diberi Pergerakan Gaji Biasa dengan syarat gaji jawatan pinjaman tidak kurang daripada gaji jawatan hakiki. Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan hakiki tuan akan diselaraskan secara isyarat. 4. Tarikh Pergerakan Gaji : Dalam tempoh peminjaman ini tuan layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan pada tarikh yang sama dengan Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan hakiki tuan. 5. Elaun Dan Imbuhan Tetap : Tuan layak menerima elaun dan imbuhan tetap berdasarkan kelayakan jawatan pinjaman. 6. Kemudahan Cuti : Tuan dibenarkan membawa baki cuti rehat jawatan hakiki tuan tidak lebih daripada dua tahun dan perlu dihabiskan dalam tahun ketiga. Baki cuti rehat jawatan pinjaman juga boleh dibawa ke perkhidmatan hakiki mengikut peraturan yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy