Pelantikan

 1-76 perkhidmatan hakiki mengikut peraturan yang sama. 7. Kemudahan Kediaman : Sekiranya tuan menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh Kerajaan, tuan tidak layak mendapat Imbuhan Tetap Perumahan. 8. Kemudahan Perubatan : Tuan layak menerima kemudahan perubatan mengikut kelayakan tuan dalam peraturan perkhidmatan awam dan pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 9. Kenaikan Pangkat : Dalam tempoh pertukaran sementara ini tuan layak dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan hakiki mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan hakiki tuan. 10. Pematuhan Peraturan : Dalam tempoh pertukaran sementara ini tuan akan sentiasa tertakluk kepada undang-undang, peraturan perkhidmatan awam, peraturan kewangan, pekeliling dan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan agensi peminjam dari semasa ke semasa. 11. Tatatertib : Tuan tertakluk kepada peraturan tatatertib yang berkuat kuasa di perkhidmatan hakiki tuan. 12. Hak Pencen : Jika tuan telah diberi taraf pekerja berpencen, hak pencen tuan adalah terjamin. Sekiranya tuan belum diberi taraf pekerja berpencen, tuan dan agensi peminjam hendaklah terus mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kadar yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. 13. Bayaran Balik Pinjaman : Tuan bertanggungjawab memastikan segala potongan pinjaman (jika ada) diteruskan seperti biasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy