Pelantikan

 57 UP.1.2.1 Peraturan Bagi Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat Di Gred Jawatan Hakiki Dalam Tempoh Peminjaman/ Pertukaran Sementara 7. Pegawai yang dinaikkan pangkat di gred jawatan hakikinya semasa dalam tempoh peminjaman/ pertukaran sementara, tempoh peminjaman/pertukaran sementara pegawai yang sedang berkuat kuasa hendaklah dipendekkan mulai tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan. Peminjaman/pertukaran sementara baru hendaklah dibuat berdasarkan gred jawatan hakiki semasa dengan diberi insentif seperti mana dinyatakan di perenggan 6 di atas dengan tarikh kuat kuasa peminjaman/ pertukaran sementara baru itu sehari selepas tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan. 8. Sekiranya kenaikan pangkat tersebut menyebabkan gred jawatan pinjaman/ tukar sementara lebih rendah daripada gred jawatan hakiki pegawai, peminjaman/ pertukaran sementara pegawai hendaklah ditamatkan. Walau bagaimanapun, atas keperluan perkhidmatan, pegawai dibenar menghabiskan baki tempoh peminjaman/ pertukaran sementara yang sedang berkuat kuasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP) atas gred jawatan hakiki. Agensi peminjam hendaklah memohon kepada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA untuk meminda butiran perjawatan bagi membolehkan pegawai mengisi jawatan pinjaman/ tukar sementara tersebut secara KUP. Pelanjutan tempoh peminjaman/ pertukaran sementara pegawai selepas menghabiskan baki tempoh peminjaman/ pertukaran sementara tersebut tidak dibenarkan. Pertukaran Tetap Atas Jawatan Pinjaman/ Tukar Sementara 9. Pertukaran tetap hendaklah dibuat atas jawatan dan gred jawatan pinjaman/ tukar sementara yang disandang. Walau bagaimanapun, pertukaran tetap ke jawatan lain tetapi dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama dengan jawatan pinjaman/ tukar sementara yang disandang di agensi peminjam boleh dipertimbangkan atas kepentingan perkhidmatan agensi peminjam. Pertukaran tetap ke skim perkhidmatan dan gred jawatan lain di agensi peminjam tidak dibenarkan. 10. Pertukaran tetap ke jawatan terbuka tidak dibenarkan kecuali atas kepentingan perkhidmatan. Sekiranya pertukaran tetap tersebut dipersetujui, ia hanya boleh dilaksanakan setelah jawatan terbuka tersebut ditentukan skim perkhidmatan yang sesuai di agensi peminjam dan pertukaran tetap hanya boleh dibuat setelah pegawai berkhidmat secara peminjaman/ pertukaran sementara sekurang-kurangnya satu (1) tahun di jawatan baru yang telah ditentukan skim perkhidmatan yang sesuai itu. (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy