Pelantikan

 37 CERAIAN UP.1.1.8 PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai penambahbaikan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service). LATAR BELAKANG 2. Dasar dan peraturan berkaitan kemudahan yang layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service) dijelaskan melalui Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) dan Ceraian UP.1.1.12: Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak. 3. Sehubungan itu, sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatan pegawai lantikan secara kontrak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan tersebut ditambah baik. PELAKSANAAN Penambahbaikan 4. Penambahbaikan berkaitan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak adalah seperti berikut: Perkara Peraturan Sedia Ada Penambahbaikan 1. Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pesara Kerajaan yang dilantik secara kontrak seperti berikut: i. Gred 1 - 20 adalah 20 hari; dan ii. Gred 21 - 54 dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah 25 hari. Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pesara Kerajaan yang dilantik secara kontrak adalah berdasarkan kadar kelayakan sehari sebelum bersara. Contoh pengiraan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah seperti di Lampiran UP.1.1.8(A).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy