Pelantikan

 30 CERAIAN UP.1.1.5 PELANJUTAN HAD UMUR MAKSIMUM PELANTIKAN SECARA KONTRAK BAGI PEGAWAI WARGANEGARA (BUKAN PESARA) DAN BUKAN WARGANEGARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan meminda had umur maksimum pelantikan secara kontrak bagi pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara kepada 58 tahun. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib pegawai tetap dalam sektor awam (meliputi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) daripada 55/ 56 tahun kepada 58 tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008 seperti yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008. 3. Perubahan ini turut memberi kesan kepada syarat had umur maksimum 56 tahun yang ditetapkan bagi pelantikan secara kontrak di kalangan pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara mengikut Ceraian UP.1.1.1 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service). Oleh itu, peraturan yang berkaitan dengan had umur maksimum tersebut perlu dipinda. PELAKSANAAN Peraturan Baru 4. Selaras dengan keputusan Kerajaan tersebut, had umur maksimum bagi pelantikan secara kontrak yang melibatkan pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara dalam 13.2 (ii), Ceraian UP.1.1.1 adalah dipinda kepada umur 58 tahun. 5. Bagi melaksanakan keputusan ini, Ketua Jabatan hendaklah menentukan pegawai yang dilanjutkan pelantikan secara kontrak mengikut had umur maksimum yang baru ini dibuat atas keperluan perkhidmatan, prestasi kerja yang baik dan pegawai disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy