Kemajuan Kerjaya

 5 UP.6.1.1 4. Search Committee dan Pelan Penggantian diwujudkan untuk: a) Memastikan pegawai yang lebih kompeten mengisi semua jawatan strategik bagi memenuhi keperluan organisasi, kehendak stakeholders dan persekitaran dengan mengambilkira perkara-perkara berikut: i) matlamat jangka panjang (long-term goals) sesebuah organisasi; ii) keperluan pembangunan modal insan di organisasi; dan iii) haluan (trends) dan jangkaan (prediction) dalam pengurusan modal insan di organisasi. b) Meningkatkan ketelusan dalam urusan pemilihan, penggantian dan penempatan kerana setiap keputusan dibuat secara kolektif melalui satu jawatankuasa; dan c) Memantapkan struktur organisasi kementerian/ agensi dan mengekalkan perkhidmatan awam supaya sentiasa relevan dengan kehendak dan keperluan persekitaran. PELAKSANAAN Panduan Mewujudkan Search Committee Dan Pelan Penggantian 5. Panduan ini menjelaskan kriteria pemilihan, pembentukan jawatankuasa dan proses pelaksanaan pelan penggantian bagi mengisi semua jawatan strategik. Kriteria Pemilihan 6. Kriteria pemilihan calon hendaklah mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) seperti berikut: a) mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jelas serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang; b) mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi di mana mampu memujuk, mengarah atau mengerakkan pasukan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy