Kemajuan Kerjaya

 4 CERAIAN UP.6.1.1 PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menyediakan panduan mewujudkan Search Committee dan proses pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) yang lebih mantap terhadap mekanisma sedia ada dalam melaksanakan pemilihan pegawai-pegawai di Gred 48 dan ke atas bagi mengisi jawatan-jawatan strategik. TAFSIRAN 2. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini: “Ketua Perkhidmatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan; “Ketua Setiausaha” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu kementerian; “Jawatan Strategik” bermaksud jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah; “Pelan Penggantian” bermaksud satu perancangan menggunakan kaedah yang sistematik dalam mengenal pasti, menilai dan membangunkan keupayaan pegawai bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang; dan “Search Committee” bermaksud satu jawatankuasa yang dibentuk untuk mengesyorkan pegawai yang cemerlang untuk disenarai pendek bagi mengisi jawatan strategik. Kepentingan Search Committee Dan Pelan Penggantian 3. Search Committee bertindak sebagai tonggak dan Pelan Penggantian adalah sebagai satu kaedah untuk menyokong Search Committee.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy