Kemajuan Kerjaya

 1-8 Jadual 3 : Keterangan Aras Penilaian Pihak Ketiga Aras Keterangan 5 & 6 Melepasi penilaian pada aras cemerlang 4 Melepasi penilaian pada aras baik 1 - 3 Tidak melepasi penilaian (a) Melepasi penilaian pada aras cemerlang Pegawai yang melepasi penilaian pada aras cemerlang dalam program penilaian pihak ketiga akan diberi penempatan khas sebelum dipertimbangkan pemangkuan/ kenaikan pangkat dalam tempoh lebih cepat oleh LKP tertakluk telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dan kekosongan jawatan yang ada. (b) Melepasi penilaian pada aras baik Pegawai yang melepasi penilaian pada aras baik dalam program penilaian pihak ketiga digalakkan mengikuti program pembangunan yang bersesuaian. (c) Tidak melepasi penilaian yang ditetapkan Pegawai yang tidak melepasi penilaian yang ditetapkan tidak boleh meneruskan proses penilaian yang seterusnya. TADBIR URUS PENILAIAN PIHAK KETIGA 11. Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan penilaian pihak ketiga, senarai semak tadbir urus perlu disediakan. Contoh senarai semak tadbir urus penilaian pihak ketiga adalah seperti di Lampiran G. PERANAN PENGURUS SUMBER MANUSIA 12. Pengurus Sumber Manusia bertanggungjawab ke atas perkara berikut: a. merancang dan mengenal pasti pegawai yang layak ke program penilaian kepimpinan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy