Kemajuan Kerjaya

 1-7 1) Ujian Psikometrik Ujian psikometrik bertujuan mengenalpasti dan membentuk profil individu dari aspek tret personaliti dan kepimpinan. Contoh instrumen yang digunakan bagi pelaksanaan ujian ini ialah Indeks Personaliti Unggul dan Towering Leadership Personality. 2) Ujian Kesejahteraan Holistik Ujian kesejahteraan holistik adalah bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dari aspek minda, emosi, spiritual, sosial, fizikal, kewangan, persekitaran dan pekerjaan. Contoh instrumen yang digunakan ialah 8i2K. 3) Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) UKJK dilaksanakan bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pegawai. Antara komponen yang dinilai ialah kecergasan kardiovaskular, komposisi tubuh, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan. (c) Penilaian Khas Penilaian memfokus pada aspek kesesuaian dan penerimaan yang dilaksanakan mengikut kesesuaian skim perkhidmatan. Contoh penilaian khas ialah penugasan khas pegawai bersama pihak syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)/ swasta atau pegawai diberi penempatan khas. Tempoh pelaksanaan penilaian khas ini ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Bagi maksud garis panduan ini, penempatan khas dilaksanakan mengikut syarat-syarat seperti di Lampiran F. PENCAPAIAN PROGRAM PENILAIAN PIHAK KETIGA 10. Pencapaian pegawai dalam program penilaian pihak ketiga merangkumi aspek kompetensi dan potensi serta profil individu. Keterangan aras pencapaian pegawai dalam penilaian pihak ketiga ini adalah seperti di Jadual 3.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy