Kemajuan Kerjaya

 1-14 SEMASA Setelah kriteria kepakaran diluluskan oleh LKP, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah: i) mengadakan hebahan bagi tujuan permohonan ke laluan SME; ii) menjalankan semakan dokumen kelayakan calon; iii) mengadakan sesi taklimat kepada anggota JKK; iv) menjalankan hal-hal keurusetiaan semasa program penilaian oleh JKK dan JKI termasuk penetapan tarikh, penyediaan dokumentasi dan borang-borang penilaian; v) melaksanakan pemantauan setiap aktiviti supaya berjalan lancar dan mengikut ketetapan; vi) menguruskan dokumen penilaian dan pemarkahan sebagai dokumen terperingkat; vii) menyediakan dokumen perakuan kepada urus setia LKP; viii) menyampaikan keputusan LKP kepada Ketua Jabatan bagi tujuan penempatan; dan ix) menyediakan dan menyampaikan surat penempatan dan SSA kepada pegawai SME. SELEPAS a) menguruskan pergerakan dan peningkatan kepakaran pegawai SME melalui penilaian berkala; b) memastikan pegawai SME mengemukakan dokumen SSA apabila genap tempoh penilaian bagi pertimbangan kenaikan pangkat dan pemangkuan ke gred seterusnya; dan c) menjalankan audit dan naziran pelaksanaan SME di jabatan/kementerian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy